Thursday 9 August 2012

Faedah Perancangan Kewangan

Sumber : Google

Ramai orang menganggap perancangan kewangan  sebagai sesuatu yang membebankan serta menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang menyeronokan. Jika anda sentiasa hidup berjimat, sudah tentu anda perlu mengorbankan aktiviti-aktiviti keseronokan sekarang, bukankah begitu? Cuba fikirkan, jika anda perlu berjimat, anda masih boleh memperuntukan wang dengan sedemikian supaya anda mempunyai wang untuk keluar dengan rakan-rakan dan bersuka ria.


Jika anda dapat mengaturkan tabiat perancangan kewangan yang baik, anda boleh memastikan anda mempunyai cukup wang untuk lebih berseronok pada masa depan!
Dengan pelan kewangan peribadi, anda akan :
  • Mempunyai lebih kawalan terhadap hal-ehwal kewangan dan berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau kebergantungan kepada orang lain. 
  • Mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang sekeliling anda, seperti keluarga anda, kawan-kawan dan rakan sekerja, kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan  daripada orang lain.
  • Bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan, menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup anda.
  • Menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hayat, bukan hanya  bagi diri anda malah bagi mereka yang tersayang.

Dengan erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, anda lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Anda juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segalanya.


Terima Kasih kerana membaca


Ambillah manfaat daripada entri di atas ^_^v

Perancangan Kewangan



APAKAH ITU PERANCANGAN KEWANGAN?
Sekiranya anda ingin ke satu destinasi – apa yang perlu anda lakukan? 

Berbagai persoalan akan timbul pada diri anda:-

  1. Apakah cara terbaik untuk ke sana? 
  2. Adakah kesesakan lalu lintas? 
  3. Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukah seseorang membawa saya ke sana? 
Ternyata ada banyak pilihan yang boleh anda buat! 

Justeru untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa yang perlu dan wajar dilakukan, kemudian  buatlah keputusan. Langkah-langkah sedemikian merupakan proses yang dikenali sebagai perancangan.

Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek,sederhana mahupun panjang. Begitulah juga dengan perancangan kewangan. Cuma bezanya tempoh perancangan adalah lebih panjang. Sebaiknya, perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan.

Perancangan kewangan melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini merangkumi apa yang anda mahukan  dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga, membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran mereka.

Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan  melihat bagaimana perlunya  menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa

Ihsan dari Google


LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMBUAT PERANCANGAN KEWANGAN



Terdapat lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan
  • Menilai kedudukan kewangan anda sekarang
  • Menetapkan matlamat
  • Menyediakan pelan kewangan
  • Melaksanakan pelan tersebut
  • Memantau dan menilai semula

Terima Kasih kerana membaca


Ambillah manfaat daripada entri di atas ^_^v

Tips untuk memaksimakan kreativiti dan inovasi diri

Sumber : Google



1)  Bercucuk tanam

     Cara ini dapat mengurangkan pengeluaran wang anda.Anda tidak perlu ke pasar untuk membeli sayur-sayuran atau buah-buahan. Anda boleh mengambil hasil tanaman anda itu bila-bila masa sahaja. Bagi yang tinggal di apartmen, anda boleh  menanam di sekeliling apartmen. Selain itu anda boleh mengeratkan hubungan  silaturahim dengan bercucuk tanam bersama-sama jiran yang lain.
 
 2)  Kitar semula barang terpakai

     Anda boleh menjadi seorang yang kreatif.Contohnya, tin susu yang yang hendak dibuang anda boleh  menjadikannya sebagai tempat meletak alat tulis, sudu dan garfu dan lain-lain.Jika anda lebih kreatif anda boleh menghiasnya supaya kelihatan lebih cantik lagi.Selain itu, anda boleh mendapat duit yang lebih  dengan menjual barangan tersebut kepada orang lain.
       
 3) Menggunakan barang yang murah dan selesa

      Maksudnya, ketika membeli barang anda perlu bijak memilih barang.Anda perlu membuat perbandingan antara barang yang mahal dan murah serta kelebihannya. Contohnya, jika anda ingin membeli telefon bimbit.Telefon sangat penting untuk kita berhubung orang yang jauh.Tapi anda lebih suka akan telefon lebih canggih dan mahal.Padahal anda cuma ingin berhubung sahaja. Anda patut berfikir dengan lebih meluas lagi dalam memilih barangan ini.
                      Ilustrasi sendiri

Terima Kasih kerana membaca


Ambillah manfaat daripada entri di atas ^_^v