Thursday 9 August 2012

Faedah Perancangan Kewangan

Sumber : Google

Ramai orang menganggap perancangan kewangan  sebagai sesuatu yang membebankan serta menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang menyeronokan. Jika anda sentiasa hidup berjimat, sudah tentu anda perlu mengorbankan aktiviti-aktiviti keseronokan sekarang, bukankah begitu? Cuba fikirkan, jika anda perlu berjimat, anda masih boleh memperuntukan wang dengan sedemikian supaya anda mempunyai wang untuk keluar dengan rakan-rakan dan bersuka ria.


Jika anda dapat mengaturkan tabiat perancangan kewangan yang baik, anda boleh memastikan anda mempunyai cukup wang untuk lebih berseronok pada masa depan!
Dengan pelan kewangan peribadi, anda akan :
  • Mempunyai lebih kawalan terhadap hal-ehwal kewangan dan berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau kebergantungan kepada orang lain. 
  • Mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang sekeliling anda, seperti keluarga anda, kawan-kawan dan rakan sekerja, kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan  daripada orang lain.
  • Bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan, menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup anda.
  • Menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hayat, bukan hanya  bagi diri anda malah bagi mereka yang tersayang.

Dengan erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, anda lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Anda juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segalanya.


Terima Kasih kerana membaca


Ambillah manfaat daripada entri di atas ^_^v

Perancangan Kewangan



APAKAH ITU PERANCANGAN KEWANGAN?
Sekiranya anda ingin ke satu destinasi – apa yang perlu anda lakukan? 

Berbagai persoalan akan timbul pada diri anda:-

  1. Apakah cara terbaik untuk ke sana? 
  2. Adakah kesesakan lalu lintas? 
  3. Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukah seseorang membawa saya ke sana? 
Ternyata ada banyak pilihan yang boleh anda buat! 

Justeru untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa yang perlu dan wajar dilakukan, kemudian  buatlah keputusan. Langkah-langkah sedemikian merupakan proses yang dikenali sebagai perancangan.

Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek,sederhana mahupun panjang. Begitulah juga dengan perancangan kewangan. Cuma bezanya tempoh perancangan adalah lebih panjang. Sebaiknya, perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan.

Perancangan kewangan melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini merangkumi apa yang anda mahukan  dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga, membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran mereka.

Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan  melihat bagaimana perlunya  menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa

Ihsan dari Google


LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMBUAT PERANCANGAN KEWANGAN



Terdapat lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan
  • Menilai kedudukan kewangan anda sekarang
  • Menetapkan matlamat
  • Menyediakan pelan kewangan
  • Melaksanakan pelan tersebut
  • Memantau dan menilai semula

Terima Kasih kerana membaca


Ambillah manfaat daripada entri di atas ^_^v

Tips untuk memaksimakan kreativiti dan inovasi diri

Sumber : Google



1)  Bercucuk tanam

     Cara ini dapat mengurangkan pengeluaran wang anda.Anda tidak perlu ke pasar untuk membeli sayur-sayuran atau buah-buahan. Anda boleh mengambil hasil tanaman anda itu bila-bila masa sahaja. Bagi yang tinggal di apartmen, anda boleh  menanam di sekeliling apartmen. Selain itu anda boleh mengeratkan hubungan  silaturahim dengan bercucuk tanam bersama-sama jiran yang lain.
 
 2)  Kitar semula barang terpakai

     Anda boleh menjadi seorang yang kreatif.Contohnya, tin susu yang yang hendak dibuang anda boleh  menjadikannya sebagai tempat meletak alat tulis, sudu dan garfu dan lain-lain.Jika anda lebih kreatif anda boleh menghiasnya supaya kelihatan lebih cantik lagi.Selain itu, anda boleh mendapat duit yang lebih  dengan menjual barangan tersebut kepada orang lain.
       
 3) Menggunakan barang yang murah dan selesa

      Maksudnya, ketika membeli barang anda perlu bijak memilih barang.Anda perlu membuat perbandingan antara barang yang mahal dan murah serta kelebihannya. Contohnya, jika anda ingin membeli telefon bimbit.Telefon sangat penting untuk kita berhubung orang yang jauh.Tapi anda lebih suka akan telefon lebih canggih dan mahal.Padahal anda cuma ingin berhubung sahaja. Anda patut berfikir dengan lebih meluas lagi dalam memilih barangan ini.
                      Ilustrasi sendiri

Terima Kasih kerana membaca


Ambillah manfaat daripada entri di atas ^_^v

Friday 27 July 2012

Hidup Dengan Duit Yang Sedikit



APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MENJADI CERMAT ?

Bercermat atau berjimat bermaksud mengurus kewangan untuk menyimpan. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimatkan masa, duit dan tenaga, dan apa yang hendak ditegaskan disini adalah sikap bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang Hokkien.


BAGAIMANA UNTUK BERCERMAT ATAU BERJIMAT ?
Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit. Berikut adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda berhemat dengan wang anda :

Kurangkan pembelanjaan harian
Sebelum anda membeli sesuatu, Tanyalah diri anda : 
·                     Adakah saya betul-betul perlukan ini ?
·                     Bolehkah saya boleh membelinya ditempat lain pada harga yang lebih  murah ?
·                     Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?
   
Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda
 Tidak menggunakan kereta dan dapat berjimat dari segi duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insurans kereta dan tol atau cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah


Terima Kasih kerana membaca


Ambillah manfaat daripada entri di atas ^_^v

Saturday 28 April 2012

Tips Berbelanja dengan Betul


































  • Membuat senarai pembelian :
          Membuat dan membawa nota catatan atau senarai akan apa yang hendak 
          dibeli. Contohnya anda hanya mencatat barangan yang hendak dibeli sahaja.   

  • Mengetahui Kehendak dan Keperluan :
      Keperluan ialah suatu keperluan asas bagi manusia, contohnya baju, rumah dan 
          makanan. Kehendak pula bermaksud sesuatu barangan yang diinginkan sesetiap 
          individu bagi menyempurnakan lagi hidup mereka.

         
  •  Membuat Perancangan Kewangan :
            Merancang sesuatu perkara sebelum  melakukannya. Contohnya, kita 
          merancang apa yang patut dan apa yang tidak patut dibeli. Ini amat bagus bagi 
          mencegah pembaziran.

  • Mencatat Perbelanjaan Harian : 
        Mencatat apa sahaja jenis barangan yang di belanjakan setiap hari, kalau 
         boleh sertakan dengan tarikh dan harga barang. Dengan cara ini kita 
         dapat mengira 'budget' yang diperlukan untuk berbelanja.



Lima tips di atas amat berguna bagi semua masyarakat yang ingin menjadi pengguna yang bijak berbelanja. Anda harus mengamalkan kelima-lima tips di atas bagi memastikan pembelanjaan harian anda terkawal dan anda tidak lagi akan mengalami masalah kewangan.  
                 

Terima Kasih kerana membaca


Ambillah manfaat daripada entri di atas ^_^v

Friday 13 April 2012

Tips dan panduan membeli-belah




  • Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang selain dari yang disenaraikan.
  • Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang disenaraikan.
  • Jangan membawa wang yang jauh berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.
  • Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan berincit-incit bagi mengelakkan kita ke kedai selalu.
  • Keperluan hendaklah dibeli secukupnya. Pembeli berlebihan adalah membazir.
  • Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.
  • Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar dari senarai.
  • Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.
  • Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.
  • Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.



Terima Kasih kerana membaca


Ambillah manfaat daripada entri di atas ^_^v

Friday 23 March 2012

Pertandingan Blog Pengguna 2012






Assalaamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Salam 1Malaysia. Saya ingin beritahu kepada rakan-rakan, para ibu-bapa sekalian mengapa saya membina blog ini. Saya bina blog ini adalah sempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) 2012 yang dianjurkan oleh FOMCA. FOMCA menganjurkan satu pertandingan kepenggunaan. Pada tahun iniFOMCA menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM200,000 untuk dimenangi. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan Sijil Penyertaan. 10 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-





  • Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan
  • Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan
  • Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  • Pertandingan Blog Kepenggunaan
  • Pertandingan Fotografi Kepenggunaan
  • Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan 
  • Pertandingan Video Montaj
  • Pertandingan ‘Speak Up’
  • Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  • Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat Sekolah
Jadi, saya telah membuat keputusan untuk menyertai Pertandingan Blog Kepenggunaan dan saya telah memilih tajuk 'Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan' (kod: BBM1) di bawah kategori A. Saya merasakan bahawa pilihan saya tepat kerana bersesuaian dengan keadaan masyarakat di Malaysia sekarang yang suka menghabiskan wang dengan membeli-belah dan juga dikenali sebagai 'pemboros'. Saya bina blog ini bukanlah sekadar untuk memenangi atau bertanding dalam pertandingan ini, malah ingin memberi kesedaran kepada pengguna tentang pentingnya untuk mengelakkan kehabisan wang dengan membeli-belah secara boros dan mengikut nafsu. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membina kehidupan yang baru dengan menjimatkan wang dan menjadi pengguna yang bijak!

Terima Kasih kerana membaca


Ambillah manfaat daripada entri di atas ^_^v