Thursday 9 August 2012

Perancangan Kewangan



APAKAH ITU PERANCANGAN KEWANGAN?
Sekiranya anda ingin ke satu destinasi – apa yang perlu anda lakukan? 

Berbagai persoalan akan timbul pada diri anda:-

  1. Apakah cara terbaik untuk ke sana? 
  2. Adakah kesesakan lalu lintas? 
  3. Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukah seseorang membawa saya ke sana? 
Ternyata ada banyak pilihan yang boleh anda buat! 

Justeru untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa yang perlu dan wajar dilakukan, kemudian  buatlah keputusan. Langkah-langkah sedemikian merupakan proses yang dikenali sebagai perancangan.

Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek,sederhana mahupun panjang. Begitulah juga dengan perancangan kewangan. Cuma bezanya tempoh perancangan adalah lebih panjang. Sebaiknya, perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan.

Perancangan kewangan melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini merangkumi apa yang anda mahukan  dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga, membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran mereka.

Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan  melihat bagaimana perlunya  menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa

Ihsan dari Google


LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMBUAT PERANCANGAN KEWANGAN



Terdapat lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan
  • Menilai kedudukan kewangan anda sekarang
  • Menetapkan matlamat
  • Menyediakan pelan kewangan
  • Melaksanakan pelan tersebut
  • Memantau dan menilai semula

Terima Kasih kerana membaca


Ambillah manfaat daripada entri di atas ^_^v

No comments:

Post a Comment